Tuan Erman Bin Taib merupakan Ejen Hartanah (Principal) dan Ketua Jabatan Pendidikan & CEO iReal Academy Sdn Bhd.
Beliau menerima (MBA) Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UNISEL dalam bidang hartanah pula beliau menerima Sijil Agensi Hartanah dari INSPEN.
Beliau juga merupakan Pelelong berlesen Negeri Selangor. Memiliki 9 tahun pengalaman sebagai seorang perunding hartanah.
Sepanjang karier beliau telah berjaya membantu lebih dari 300 orang pemilik, pembeli dan penyewa rumah.
Beliau sering dijemput untuk memberi pandangan dan panduan dalam bidang pelaburan kewangan dan kerjaya hartanah.
Beliau juga merupakan speaker untuk kursus Negotiators Certification (NCC), dan telah mengendali lebih 400 kursus latihan, webinar dan coaching dalam bidang Pelaburan, kewangan dan kerjaya berkaitan hartanah.